Sakitnya rengat selepas bersalin!
Tuam bahagian perut anda dengan tungku atau pad panas |
Senggugut, sakit seperti kontraksi sebelum bersalin berlarutan sehingga beberapa hari. Pernah alami masalah ni? Ini adalah masalah yang sering dialami oleh ibu dalam pantang sebaik sahaja melahirkan. Pengalaman diri sendiri merasai rengat selama 2 hari berturut-turut kadangkala buat serik nak bersalin lagi pun ada. Bagaimana pula dengan anda..?orang tua-tua kata bilangan hari kena rengat tu berdasarkan kelahiran kali ke berapa. Macam betul pun ada, sebab saya bersalin anak kedua aritu dua hari berturut-turut kena rengat ni!
Boleh tak kalau tak kena rengat?kalau diberi pilihan memang tak ada siapa pun nak kan?Masalah rengat ni berlaku kerana proses rahim mengecut dengan kuat. Sangat penting tau rahim mengecut kerana rahim yang mengecut menghalang aliran darah dari rahim dan seterusnya kurang risiko tumpah darah. Ibu yang menyusu juga akan merasai kesakitan rengat ni kerana petua untuk cepatkan pengecutan rahim adalah dengan menyusu. Darah yang keluar kebiasaannya berketul-ketul dan besar. Awas! jika tidak mampu dikawal dan berlarutan sila ke klinik atau hospital segera.
Masalah kebiasaan yang pasti akan dialami selepas bersalin adalah kesukaran untuk membuang air besar. Bengkak dan calar pada tisu sekitar luar faraj dan pundi kencing ini antara penyebab kesukaran ini berlaku. TIPS! cuba buat senaman kemutan faraj atau senaman kegel semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. InshaAllah masalah ini akan hilang sendiri selepas beberapa hari. Tapi jika masih pedih dan kerap terasa ingin membuang air kecil, dapatkan nasihat doktor segera.
BERMASALAH SEMBELIT????
Masalah ini sebenarnya berlaku kerana si ibu fobia dengan luka episiotomi kerana takut jahitan terbukak. Ya betul! saya juga seperti anda. Tapi..cuba fikir..takkan anda nak tahan dari membuang air besar?sampai bila nak simpan..bahaya tuuu..paling penting banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi selain minum banyak air. Air penting untuk penghadaman anda dan paling penting untuk menggalakkan produktiviti susu ibu.
MEROYAN MENAKUTKAN?
Amat penting untuk mengawasi ibu dalam pantang ni |
Masalah ini adalah gangguan perasaan disebabkan tekanan jiwa yang serius. Si ibu tidak mampu mengawal perasaan sedih, rungsing, takut dan pelbagai lagi kerana adanya perkara sedih yang menimpa diri. Jika tidak dikawal, ibu, bayi dan orang lain dalam situasi bahaya.
Apa-apun,penjagaan ibu selepas bersalin ni amatlah penting. Tidak kiralah anda berpantang cara moden mahupun tradisional,pastikan pengambilan gizi anda adalah seimbang. Bentan juga seringkali amat dititiberatkan tatkala pantang. Apakah bentan ni pulak?KLIK DI SINI: BENTAN KETIKA PANTANG
Pesanan ikhlas dari saya..walau baik bagaimana sekalipun penjagaan fizikal anda, jangan sesekali abaikan penjagaan dalaman ye ibu-ibu. Selepas melahirkan bermakna tugas seorang wanita bertambah bukan sahaja berkhidmat untuk suami kini ditambah dengan tanggungjawab mendidik anak, diri sendiri lagi. Jadi, pastikan anda mengambil supplemen berpantang yang sesuai untuk menjaga dalaman anda agar kekal sihat. Tahukan anda tergolong dalam golongan yang harus mengambil suplemen untuk membantu memulihkan badan anda. Nak saya cadangkan set terbaik ibu bersalin? Cubalah Set Bersalin Shaklee!!!Tidak mengandungi jamu, berunsurkan ramuan semulajadi, halal pastinya ibu dalam pantang boleh mula mengammbil suplemen ini seawal sejurus selepas melahirkan! Nak tak badan yang cergas,bertenaga,dan segar tatkala berpantang?
Apa fungsi supplemen dalam Set Bersalin Berpantang Shaklee ni ye?Ini saya dah ceritakan dengan lengkap di sini. Fungsi Set Bersalin Berpantang Shaklee.
KESIHATAN TIADA GALANG GANTI. DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI SAYA:
DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
Fanpage: Young & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya
email:suplement4us@gmail.com
Fanpage: Young & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya
Jika anda ingin membeli produk Shaklee ataupun memerlukan COD sebarang produk Shaklee di area GOMBAK, SENTUL, SELAYANG, KEPONG, UIA, CHERAS DAN CYBERJAYA..boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda tinggal di luar kawasan yang membolehkan saya COD, jangan gusar saya boleh pos ke alamat anda. Poslaju kan ada =) Yang penting rebutlah peluang untuk mendapatkan supplemen dan vitamin hebat ini HARINI!!!
Konsultasi PERCUMA dan TIPS ISTIMEWA dengan setiap pembelian bersama saya SPECIAL untuk anda!
cantik blog..
ReplyDeleteinfo mantap..
hehe tq dear..jangan lupa follow ye =)
Deletetq dear..semoga memberi manfaat. Feel free follow blog saya ye😊
ReplyDeletebesarnya jasa seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Sebab tu apabila seorang sahabat nabi tanya apa amalan yang paling disukai Allah pertama solat di awal waktu kemudian berbuat baik kepada ibu bapa kemudian berjihad di jalan Allah.
ReplyDeletememang kena ingat sampai bila-bila ibu bapa. Hargailah selagi mereka masih hidup dan jangan lupakan sedekah amal jariah untuk mereka jika sudah tiada.
Delete