Tuesday 2 December 2014

Pisang Goreng Cheese Chocolate Raja Sehari

Resepi Pisang Goreng Cheese Chocolate

Yummy..baru lepas pekena pisang goreng cheese chocolate weh! Sedapnya..termakbul hajat dah lama nak try. Pisang goreng cheese chocolate plak viral kali ni. Tak silap 2 bulan yang lepas Jeruk Mangga. Apa lagi, jangan bazir beli..buat ja. Harini saya nak sharekan resepi untuk bakal pengantin. Resepi pisang goreng cheese chocolate santapan raja sehari..menarik tak bakal pengantin..?

set honeymoon shaklee

Pisang Goreng Cheese Chocolate Raja Sehari

Resepi ni saya peroleh dari Puan Fiza yang mencadangkan resepi yang sungguh best nak cuba ni.

Bahan-bahan =)

  1. Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
  2. 2 cawan tepung beras
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1 sudu besar baking powder
  5. 5 sudu besar santan
  6. sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
  7. secubit garam
  8. 1 sudu besar margerin
  9. 1 biji telur

Cara untuk masak =)

  1. Cairkan mentega
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
  3. Kacau rata
  4. Tuangkan margerin cair
  5. Kacau sebati
  6. Masukkan pisang
  7. Panaskan minyak dalam kuali
  8. Goreng pisang hingga kuning keemasan
  9. Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

  1. 1 sudu besar butter
  2. 1 sudu besar susu pekat manis
  3. Keju Cheedar ~ di sagat halus
  4. Choc Rise atau parutan coklat masakan atau lagi senang yang chocolate dizzle hersyes ke..
pisang goreng cheese chocolate

Cara masak bahan sos dan topping =)

  1. Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
  2. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
  3. Kacau rata
  4. Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
  5. Gaul rata
  6. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
  7. Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise/chocolate dizzle atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat. Memang tak lupa lah hari bahagia =). 


Perlukan cadangan supplemen dalam dan luaran persediaan melayari bahtera alam rumahtangga. Atau ingin cahaya mata segera?

Untuk pertanyaan lanjut dan juga konsultasi, boleh hubungi saya seperti di bawah. Jangan risau, COD juga boleh diaturkan.

email : syainadia@gmail.com 
sms/whatsapp : 0125572559
ID Shaklee: 1076601 

###############################################################################
Saya adalah seorang ibu yang gemar berblog. Bermula dengan suka-suka berblog, rupanya hanya dengan blog saya kini mampu menjana pendapatan dengan blog. Mengambil keputusan untuk memilih Shaklee kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee, alhamdulillah..empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang. 
Jika anda ibu tunggal, ibu bekerjaya mahupun surirumah yang menyimpan niat untuk menjana pendapatan melalui blog dan menjana pendapatan bersama Shaklee sekaligus bersama-sama membantu meringankan beban kewangan suami anda, boleh hubungi saya. Dengan bersama saya, inshaAllah anda mampu menjana pendapatan yang lumayan setanding dengan mereka yang telah berjaya dibawah pimpinan saya. 


No comments:

Post a Comment