Masalah fobia boleh dirawat
Fobia
tempat tinggi..fobia nampak ular..fobia makan mi pun ada..salam sayang
semua..jangan terkejut pulak perkongsian saya harini. Ini semua sebab diri sendiri yang sangat-sangat fobia terhadap ular yang sukar diubati sehingga kini.
Sebenarnya dulu saya tidakla sefobia ini. Semua ni gara-gara cerita 2 tahun
yang lepas di mana orang yang renovate rumah menjumpai sepasang ular sawa
sepanjang hampir 2 meter dibelakang rumah tempat selalu saya menyidai
baju..Memang pengalaman yang sukar saya lupakan hingga kini!
Menurut Pakar Psikiatri dan Pensyarah
Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM), Dr Hazli
Zakaria berkata, fobia sebenarnya dikategorikan dalam penyakit keresahan atau
‘anxiety disorder’. Simptom utama pada orang yang mengalaminya ialah perasaan
resah.
