Rahim bengkak?Penyebab, Simptom dan Rawatan
Selamat berhujung minggu semua..penat jugak nak menjawab isu berkenaan rahim bengkak ni. Harini apa kata kita sama-sama belajar dan ambik tahu apakah penyebab, simptom-simptom yang rahim bengkak ni dan apakah sebenarnya rawatan yang sesuai untuk menangani masalah rahim bengkak ini.
Mula-mula sekali, back to basic apa itu rahim? Rahim atau dalam bahasa medicalnya dipanggil uterus dicipta dengan unik oleh Allah dilengkapi dengan pangkal rahim, badan rahim dan juga tiup falopian.
Manakala ovari adalah kilang telur di mana setiap bulan berlakunya proses ovulasi iaitu saat telur dikeluarkan sebagai persediaan jika berlakunya proses persenyawaan.
Secara laymen termnya, susah nak differentiate adakah ovari atau uterus yang bengkak ni? so, sedap-sedap mulut la kata "rahim bengkak". Jadi, jika anda bukan doktor silalah berjumpa doktor secepat mungkin agar diagnosis yang sesuai dapat dijalankan untuk mengesahkan samada uterus atau ovari yang bengkak sebenarnya ye =).

