Showing posts with label FObia sosial. Show all posts
Showing posts with label FObia sosial. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Anda fobia apa..?

Masalah fobia boleh dirawat

FOBIA BOLEH DIRAWAT
Fobia tempat tinggi..fobia nampak ular..fobia makan mi pun ada..salam sayang semua..jangan terkejut pulak perkongsian saya harini. Ini semua sebab diri sendiri yang sangat-sangat fobia terhadap ular yang sukar diubati sehingga kini. Sebenarnya dulu saya tidakla sefobia ini. Semua ni gara-gara cerita 2 tahun yang lepas di mana orang yang renovate rumah menjumpai sepasang ular sawa sepanjang hampir 2 meter dibelakang rumah tempat selalu saya menyidai baju..Memang pengalaman yang sukar saya lupakan hingga kini!

Menurut Pakar Psikiatri dan Pensyarah Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM), Dr Hazli Zakaria berkata, fobia sebenarnya dikategorikan dalam penyakit keresahan atau ‘anxiety disorder’. Simptom utama pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.