Showing posts with label Set Ibu Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Ibu Bersalin. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Rengat menyengat selepas bersalin!

Sakitnya rengat selepas bersalin!

set bersalin shaklee
Tuam bahagian perut anda dengan tungku atau pad panas
Senggugut, sakit seperti kontraksi sebelum bersalin berlarutan sehingga beberapa hari. Pernah alami masalah ni? Ini adalah masalah yang sering dialami oleh ibu dalam pantang sebaik sahaja melahirkan. Pengalaman diri sendiri merasai rengat selama 2 hari berturut-turut kadangkala buat serik nak bersalin lagi pun ada. Bagaimana pula dengan anda..?orang tua-tua kata bilangan hari kena rengat tu berdasarkan kelahiran kali ke berapa. Macam betul pun ada, sebab saya bersalin anak kedua aritu dua hari berturut-turut kena rengat ni!

Boleh tak kalau tak kena rengat?kalau diberi pilihan memang tak ada siapa pun nak kan?Masalah rengat ni berlaku kerana proses rahim mengecut dengan kuat. Sangat penting tau rahim mengecut kerana rahim yang mengecut menghalang aliran darah dari rahim dan seterusnya kurang risiko tumpah darah. Ibu yang menyusu juga akan merasai kesakitan rengat ni kerana petua untuk cepatkan pengecutan rahim adalah dengan menyusu. Darah yang keluar kebiasaannya berketul-ketul dan besar. Awas! jika tidak mampu dikawal dan berlarutan sila ke klinik atau hospital segera.

Thursday, 11 September 2014

Berpantang ala moden atau tradisional?

Berpantang ala moden atau tradisional?


Salam sayang semua..dh lunch ke..?arini tugas saya adalah menjadi pemerhati..hahaha..bukan pemerhati PBB tetapi pemerhati Program KIK yang dianjurkan oleh kementerian tempat saya bertugas ni..bukan nak cerita pasal KIK harini..cuma diprogram tadi,nampak pulak ramai ibu mengandung..al-kisahnya flash back balik tatkala mengharungi saat2 berpantang 2 tahun yang lepas...

Apa2pun..saya berpantang secara tradisional ye..al-maklumla,mak sendiri sudah tiada..jadi tok saya yang menjaga saya selama 44 hari berpantang..of courselah sangat ketat!serik pun ada bila ingat balik..tapi bila dengar kawan2 sebaya yang tak pantang betul2 dulu membuatkan saya rasa bersyukur sangat2,alhamdulillah

Menurut Dr.Fairuz A'shikin,Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan(DEMC), berpantang atau lebih dikenali juga post-partum dan puerperium istilah perubatannya disarankan 42 hari atau 6 minggu. Ketika ini, tubuh wanita dalam perubahan hormon dan amat senang dijangkiti kuman kalau tak dijaga dengan baik. Good news jugak, berpantang dengan betul dapat kembalikan bentuk badan seperti sebelum kawin tau..best! Paling penting,tak kisahlah berpantang moden atau tradsional pastikan soal kebersihan dan tak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi diutamakan ok