Showing posts with label testimoni set hamil. Show all posts
Showing posts with label testimoni set hamil. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

SHAKLEE SET HAMIL

SHAKLEE SET HAMIL

Info ibu mengandung dan ibu hamil antara info penting yang harus diambil berat oleh bakal ibu, terutamanya ibu hamil anak pertama. Jadi, harini saya nak share info ibu mengandung paling penting iaitu berkenaan rahsia keajaiban di alam rahim..adalah sangat penting bagi ibu hamil sekalian untuk mengikuti pemeriksaan antenatal sebaik mungkin sebaik sahaja disahkan hamil. Melalui pemeriksaan ini, ibu hamil akan mengetahui tahap kesihatan diri dan juga perkembangan bayi dari semasa ke semasa. Ibu hamil gojes yang disayangi..mari kita tambahkan ilmu berkaitan ibu hamil untuk persediaan sepanjang 9 bulan ini ya..=) Sedikit sebanyak maklumat ini saya perolehi daripada Majalah Pa&Ma keluaran Februari 2013..=)

Penjagaan kesihatan pada awal 3 bulan (TRIMESTER 1 : MINGGU 0-12) AMATLAH PENTING bagi ibu hamil sebaik sahaja anda tahu anda bakal bergelar mama! Pada masa inilah sering kita dengar ada mama yang terpaksa melalui alahan berlebihan tapi ada juga yang mampu kekal segar sepanjang hari. Namun, apa yang penting..jaga kesihatan diri dan amalkan diet untuk ibu mengandung yang betul agar kandungan selamat sepanjang kehamilan ya!