Sakitnya rengat selepas bersalin!
![]() |
| Tuam bahagian perut anda dengan tungku atau pad panas |
Senggugut, sakit seperti kontraksi sebelum bersalin berlarutan sehingga beberapa hari. Pernah alami masalah ni? Ini adalah masalah yang sering dialami oleh ibu dalam pantang sebaik sahaja melahirkan. Pengalaman diri sendiri merasai rengat selama 2 hari berturut-turut kadangkala buat serik nak bersalin lagi pun ada. Bagaimana pula dengan anda..?orang tua-tua kata bilangan hari kena rengat tu berdasarkan kelahiran kali ke berapa. Macam betul pun ada, sebab saya bersalin anak kedua aritu dua hari berturut-turut kena rengat ni!
Boleh tak kalau tak kena rengat?kalau diberi pilihan memang tak ada siapa pun nak kan?Masalah rengat ni berlaku kerana proses rahim mengecut dengan kuat. Sangat penting tau rahim mengecut kerana rahim yang mengecut menghalang aliran darah dari rahim dan seterusnya kurang risiko tumpah darah. Ibu yang menyusu juga akan merasai kesakitan rengat ni kerana petua untuk cepatkan pengecutan rahim adalah dengan menyusu. Darah yang keluar kebiasaannya berketul-ketul dan besar. Awas! jika tidak mampu dikawal dan berlarutan sila ke klinik atau hospital segera.
