Proton Iriz atau Perodua Axia
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..alhamdulillah..selepas seminggu Perodua Axia dilancarkan..kini model Proton baru Proton Iriz selamat dilancarkan..memeriahkan lagi industri automotif negara, Proton Iriz merupakan kereta kompak yang dikenali sebagai PCC (Proton Compact Car).
Dilancarkan walaupun seakan-akan menyaingi Produa Axia yang dilancarkan pada 15 September 2014 yang lalu, Proton Iriz seperti yang ditekankan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, adalah kereta
kompak dalam segmen B dengan enjin berkapasiti antara 1.3 liter ke 1.6
liter berbanding Perodua Axia yang juga merupakan kereta kompak tetapi dalam kategori segmen A dengan kapasiti enjin 1.0 liter.
