Menangani tempoh 2 tahun yang dahsyat!Meal Shakes Shaklee untuk si manja
![]() |
| Mendidik anak memerlukan masa yang panjang dan menuntut kesabaran yang sangat tinggi |
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan uoallsss
Harini cuti apa aktiviti? Dirumah ke? Sementara anak-anak kesayangan bangun tidur, nak update blog kesayangan ni. Teringat si abang, yang bakal genap berumur 4 tahun Disember nanti dan juga si adik yang kini dah berumur 2 tahun. Benarlah membesarkan anak ni sangat2 menguji kesabaran kami berdua. Begitu juga dengan ibu bapa di luar sana kan? Semua yang mempunyai anak akan melalui keadaan yang cukup mencabar ni dengan sabar. Tambah2 lagi anak zaman sekarang sangat aktif dan cepat belajar. Harini nak share tips keibubapaan sikit, inshaAllah =)
Terrible twos ataupun 2 tahun yang dahsyat inilah tajuk entry saya tadi. Macam gempak sangat bunyinya tadi hihihi..Ok, terrible twos terjadi ketika anak berusia 2 tahun ke bawah iaitu mereka menunjukkan eksplorasi yang mereka ingin mencuba padahal diri tidak berkemampuan.
