Showing posts with label Kandungan Molar. Show all posts
Showing posts with label Kandungan Molar. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Kandungan anggur penyebab kanser?

Ambik berat jika anda pernah mengalami kandungan anggur!


Kandungan anggur boleh menjadi kanser jika tidak dirawat dengan betul! Berjaga-jaga ya especilly jika pernah mengalami penyakit ini. Proses persenyawaan seekor sperma dan sebutir ovum secara normalnya menghasilkan bukan semata-mata janin tetapi juga uri(plasenta).
kandungan molar

Sel uri ni suppose berkembang sihat bersama janin TETAPI jika ianya terhalang atau terhenti,inilah punca berlakunya perubahan penuh misteri iaitu throphoblastic disease. Throphoblastic disease ni terbahagi kepada dua:

1) Hydatidiform mole (Kandungan anggur)
2) Choriocarcinoma (Barah yang selalunya terbentuk dari kandungan anggur)

NAMUN...Hydatidiform mole hanyalah penyakit yang bukan barah TETAPI berpotensi untuk menjadi kanser dikemudian hari tau!

Apakah Hydatidiform mole sebenarnya..???
Hydatidiform mole adalah satu penyakit kandungan dalam rahim yang mempunyai perubahan uri sehingga terbentuk seperti jambakan anggur-anggur kecil. Kandungan anggur ni pula ada dua jenis..

1) Complete mole
2) Partial mole