Showing posts with label Bakar kalori dengan bersantai. Show all posts
Showing posts with label Bakar kalori dengan bersantai. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Kurus dengan aktiviti santai

Bakar kalori hanya dengan bersantai


mudah kurus

Badan langsing, ideal dan kurus dengan aktviti santai je..?haaa..mesti anda suka aktiviti santai yang saya nak kongsikan time lunch ni. Ramai yang mengeluh sebab sukar nak luangkan masa untuk bersenam even 30  minit seminggu dek aktiviti harian yang sangat padat kan. Jadi, cubalah bersenam sambil buat aktiviti-aktiviti santai ni. Info ini saya perolehi dari Majalah Kesihatan No. 1 Malaysia tau. Jadi moh ler kita sama-sama amalkan. =)

Sebelum itu, molek saya ceritakan sikit apa itu kalori. Kalori adalah sejenis unit ntuk mengukur tenaga. Badan manusia memerlukan kalori untuk menjana tenaga tetapi jika diambil atau senang kata dimakan terlalu banyak tetapi tidak dibakar, ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Pertambahan berat badan terjadi dan sekaligus membahayakan kesihatan. Inilah pentingnya tahu keperluan kalori supaya kita dapat mengawal pertambahan berat badan secara sihat. Jom baca info lanjut mengenai KALORI DAN ANDA DI SINI.