Wednesday 8 October 2014

Kandungan anggur penyebab kanser?

Ambik berat jika anda pernah mengalami kandungan anggur!


Kandungan anggur boleh menjadi kanser jika tidak dirawat dengan betul! Berjaga-jaga ya especilly jika pernah mengalami penyakit ini. Proses persenyawaan seekor sperma dan sebutir ovum secara normalnya menghasilkan bukan semata-mata janin tetapi juga uri(plasenta).
kandungan molar

Sel uri ni suppose berkembang sihat bersama janin TETAPI jika ianya terhalang atau terhenti,inilah punca berlakunya perubahan penuh misteri iaitu throphoblastic disease. Throphoblastic disease ni terbahagi kepada dua:

1) Hydatidiform mole (Kandungan anggur)
2) Choriocarcinoma (Barah yang selalunya terbentuk dari kandungan anggur)

NAMUN...Hydatidiform mole hanyalah penyakit yang bukan barah TETAPI berpotensi untuk menjadi kanser dikemudian hari tau!

Apakah Hydatidiform mole sebenarnya..???
Hydatidiform mole adalah satu penyakit kandungan dalam rahim yang mempunyai perubahan uri sehingga terbentuk seperti jambakan anggur-anggur kecil. Kandungan anggur ni pula ada dua jenis..

1) Complete mole
2) Partial mole


Complete mole terjadi apabila semua tisu dalam kandungan anggur membentuk tisu-tisu yang menyerupai anggur kecil dan tiada sel janin. Manakala partial mole pula mempunyai kedua-dua jenis tisu iaitu tisu yang menyerupai rupa bentuk janin dan tisu anggur-anggur kecil. 

Bagaimana kandungan anggur terjadi?

Untuk kes kandungan anggur complete mole, 95 peratus berlaku kerana seekor sperma (23 kromosom) bersenyawa dengan sebutir ovum yang kosong (tiada kromosom). Sperma ni seterusnya menggandakan bilangan kromosom dan terbentuk sel uri yang mempunyai 46 kromosom (normal kromosom 46XX). Tetapi proses ni tidak membentuk janin. Yang terbentuk sebenarnya kandungan anggur. 

Partial mole pula berlaku kerana sebutir ovum bersenyawa dengan dua ekor sperma. Keadaan ini menghasilkan janin dan sel uri yang membawa 69 kromosom (69XXY).

Mengapa perlu bertindak segera jika anda didapati mengandung anggur?

1) Risiko pendarahan,jangkitan kuman dab darah tinggi (pre-eclampsia)
2) Risiko merebak ke organ lain
3) Risiko bertukar menjadi barah

Rawatan kepada penghidap kandungan anggur bertujuan untuk membuang semua tisu kandungan anggur dari tubuh. Pemeriksaan ultra-bunyi dan X-ray dada dilakukan agar kehadiran kandungan anggur dan tahap kesihatan pesakit dapat dikenalpasti . Jika everything stabil, pesakit akan menjalani pembedahan suction and currettage yang akan menyedut keluar kandungan anggur dari rahim. Jangan risau,anda akan dibius semasa prosedur dilakukan ye. Paling penting,rawatan susulan harus dijalankan selepas pembedahan ini bagi memastikan tisu anggur tidak lagi kelihatan.  

TAPI..jika wanita dah berusia ataupun tidak lagi inginkan anak, pembedahan buang rahim atau hysterectomy adalah paling baik utk anda!

BILA kandungan anggur ni sebenarnya menjadi kanser?

Terdapat 3 petanda penyakit kandungan anggur ni bertukar menjadi barah iaitu apabila...

1) Tahap HCG yang makin meningkat walaupun pembedahan suction and currettage atau hysterectomy telah dilakukan
2) Tahap HCG sama tiga minggu berturut-turut
3) Tahap HCG yang turun,tiba-tiba naik ketika pesakit dalam rawatan ulangan.

SEMOGA BERMANFAAT!!!Bertindak segera mendapatkan rawatan sebelum terlambat!


ANDA JUGA MENCARI SET MUDAH HAMIL ATAU SET KESUBURAN TERBAIK?

JOM ORDER ONLINE DI SINI


harga set kesuburan shaklee

NAK LEBIH JIMAT?
NAK LEBIH DISKAUN?
NAK LEBIH CASH BACK?
-----> JADI AHLI SHAKLEE SEKARANG <-----

Mudah sahaja, klik link-link berikut:

suplement4us.blogspot.com

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan, HUBUNGI:

 DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
FanpageYoung & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya



"ANDA GEMAR ONLINE? NAK TAK SAMBIL ONLINE JA DAPAT JANA INCOME MUDAH 4-5-6 ANGKA SEBULAN? ANDA SURIRUMAH?PELAJAR?PEKERJA TETAP MAHUPUN SEMENTARA YANG MEMERLUKAN PENDAPATAN SAMPINGAN? ANDA AMAT DIALU-ALUKAN!!! TIADA MODAL TAMBAHAN, PENDAFTARAN YANG MUDAH & TIADA AGENDA TERSEMBUNYI. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA AMAT DIPERLUKAN! JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE SEKARANG!"

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *
 




2 comments:

  1. first pregnancy cx adalah kandungan complete mole. mmg mcm tisu2 jernih mcm belon bergumpal seperti anggur. time miscarriage tu sgt sgt sakit. Allah shj yg tahu. smg lps ni ada rezeki cx ntk nxt pregnancy. doakan ya. amin

    ReplyDelete
  2. semoga Allah berikan yang lebih baik utk cx. Saya doakan yang terbaik!

    Feel free utk follow blog saya ye. InshaAllah saya kongsikan info yang berguna utk manfaat kita bersama😊

    ReplyDelete