Wednesday, 1 October 2014

Bagaimana cara mengerjakan Solat Sunat Tahajjud?


Bagaimana cara mengerjakan Solat Sunat Tahajjud?│Kemanisan Tahajjud Cinta

Assalamulaikum..selamat pagi buat pembaca blog saya harini..sihat ke?Alhamdulillah..sekali lagi kita melangkahke bulan baru..semestinya banyak kenangan suka duka yang kita lalui sepanjang September yang lalu kan...?apa-pun yang baik dijadikan tauladan dan yang kurang baik tu kita jadikan sempadan ok =)

Pagi ni tergerak hati nak kongsikan berkenaan bagaimanakah cara melakukan Sunat Tahajud ni dan kemanisan tahajud yang seringkali diucapkan sebagai Tahajud Cinta. Bukan mudah ye nak bangun sepertiga malam tu semata-mata untuk Dia sebab itulah hikmahnya adalah besar bagi orang-orang yang mengetahui. Solat Sunat Tahajud adalah antara solat sunat yang amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ni sepanjang hayat mereka!

Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)



1.Cara Melakukan Solat Sunat Tahajjud


Untuk melakukan Solat Sunat Tahajud ini apa anda perlu tahu mestilah dilakukan sepertiga malam dan hendaklah anda tidur terlebih dahulu. Tak kisahlah anda tidur setengah jam sahaja ka janji anda telah tidur terlebih dahulu sebelum anda menunaikan Solat Sunat Tahajud. Lebih afdal dilakukan sendirian pada waktu sepertiga malam kerana ketika waktu itu, suasana sunyi dan aman..pengabdian diri kepada Allah pun lebih kusyuk dan tenang.

Solat Sunat Tahajjud boleh dilakukan tanpa had rakaat,paling penting mengikut kesanggupan dan kemampuan dengan setiap dua rakaat 1 salam. Jika dirasakan berat, cukuplah sekadar 2 rakaat dan berterusan dilakukan setiap malam.

Sebelum memulukan solat, lebih baik dimulakan dengan doa sebelum sunat tahajjud:

2.Niat Solat Sunat Tahajjud

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3.Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah


Rakaat pertama: Ayat Kursi (7x)
Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas (11x)

Atau

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Dan diikuti dengan : 10 ayat terakhir Surah Al-Imran (Rasulullah SAW selalu mengamalkan surah ini)

4.Selepas membaca tasbih selepas sujud rakaat terakhir, bacalah doa ini 3x:



"Wahai Tuhanku, masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan dan kekuasaan yang menolongku"

5.Selepas salam, bacalah doa Sunat Tahajjud yang sering dibaca oleh Rasullullah SAW ini..


6.Diikuti dengan bacaan Doa Solat Sunat Tahajjud



Nak tau apakah kemanisan bagi orang yang melakukan Solat Sunat Tahajjud ni seperti yang saya perkatakan di awal entry tadi? Inilah 18 kelebihan Solat Sunat Tahajjud yang anda harus tahu =)


Saya dah cuba tapi susahnya nak bangun, tak terjaga pun..bagaimana nak memudahkan bangun Solat Sunat Tahajjud ni. Jom saya kongsikan beberapa tips bagi anda untuk bangun mengerjakan solat malam.

  1. Sebelum tidur, niatlah bahawa anda nak bangun mengerjaka Solat Sunat Tahajjud

  2. Menjauhkan diri dari maksiat

  3. Makan dan minum secara sederhana pada siang hari

  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Semoga membantu..wallahualam..

Nak saya bantu agar anda aktif, kekal bertenaga di siang hari walaupun berjaga malam? Jom cuba suplemen yang diamalkan oleh Asyraf Muslim ni. ARTIS MALAYSIA PUN AMALKAN SUPLEMEN! KLIK DISINI.

JOM DAPATKAN PRODUK SECARA ONLINE????

KLIK DI  SINI

KESAN SAMPINGAN SHAKLEE

NAK LEBIH JIMAT?
NAK LEBIH DISKAUN?
NAK LEBIH CASH BACK?
-----> JADI AHLI SHAKLEE SEKARANG <-----

Mudah sahaja, klik link-link berikut:


"SHARING  IS CARING"



Truly, Dhiya Hussin sms /whatsapp : 012-5572559 (SID:1076601)EMAIL : suplement4us@gmail.com 

FB fanpage : Young & Healthy Family Store



ANDA PEMINAT SETIA SHAKLEE TETAPI TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI?TAHUKAH BAHAWA ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT CASH BONUS BULANAN SETIAP KALI ANDA MEMBELI PRODUK-PRODUK SHALEE? SECARA AUTOMATIK, ANDA JUGA BERPELUANG UNTUK MENJANA 4-5 ANGKA SEBULAN MELALUI ONLINE? JOM SERTAI SHAKLEE BERSAMA SAYA SEKARANG!!!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

2 comments: