Sunday, 7 September 2014

Ceritera menyusukan 2 hero sekaligus

Ceritera menyusukan 2 hero sekaligus

testimoni set menyusu

Salam sayang semua =)

Masih lagi bersiaran di hari minggu, arini saya nak buat sedikit luahan hati cewaahhh..tak la,sekadar nak kongsikan pengalaman menyusukan 2 hero saya pada masa yang sama =)..memang pengalaman yang takkan saya lupakan dalam hidup!

Sebenarnya, sejak dari mula disahkan hamil iaitu pada tahun 2010, saya memang dah berazam utk fully breastfeed semua anak saya sekurang2nya 2 tahun tak kiralah betul2 susu saya or sulam2 (susu formula dan susu sendiri). Yang penting anak saya fully susu saya sehingga 6 bulan terlebih dahulu dan masih menyusu sehingga berumur 2 tahun (susu sulam). Memang betul niat saya tu dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi target saya bukan 2 tahun tetapi menyusukan anak saya yang pertama sehingga berumur 4 tahun! (tahun ni baru berjaya bercerai susu tau =))

Wah,macam mana awak buat?
Saya lepas pantang bayi dah tak mahu menyusu?

Tak penat ke?Awak bekerja kan?

Husband awak sambung study,sibuk dengan kerja dan study?Siapa tolong awak?Tak ada orang gaji kan?


Antara respon yang saya dapat bila ada ibu2 seperti saya bertanya akan proses penyusuan saya. Seperti saya ceritakan tadi, saya dah berniat dan pasangkan azam yang saya mesti menyusukan anak saya sehingga 2 tahun. Jadi tak kira lah dugaan macamana pun, saya mesti nak capai 2 tahun jugak! Anda bagaimana? Sesungguhnya doa ibu kan mustajab dan tiada hijab. Mohon kepada Allah agar dipermudahkan. 

Nak dijadikan cerita, saya kembali hamil pada tahun 2011. Jeng jeng jeng.. cabaran menyusukan tatkala hamil bermula! Kenapa pulak? Ya la, anak saya baru berusia 9 bulan! Perasaan? Tipula kalau cakap saya tidak risau, perasaan saya sangat2 bercampur aduk waktu tu. Nak menghentikan penyusuan ataupun tidak. Secara jujurnya,hati saya kuat untuk menyusukan jugak sehingga 2 tahun seperti target awal saya. Rasa sungguh terkilan jikalau impian saya dan tanggungjawab itu tak dapat saya tunaikan walaupun keluarga sendiri menentang tindakan saya.
menyusu ketika hamil
Situasi saya satu ketika dahulu =)

Maka bermulalah episod menyusukan si abang tatkala hamil. Memang Allah Maha Besar, saya tidak mempunyai sebarang masalah besar pun kerana menyusukan. Untuk pengetahuan,saya tidak mengambil sebarang supplemen kecuali ubat yang diberikan doktor (itupun kadangkala saya skip hehehe) dan juga minum susu anmun (saya memang peminat tegar susu ye). Bukan degil tetapi saya takut nak ambil supplemen suka2 hati (kerana tak tau betul2 selamat dan dibuktikan selamat). Risau kesan pada bayi dan saya sendiri pada jangka pendek mahupun panjang lebih dari keperluan diri. Saya juga tak rasa mudarat tatkala hamil dan menyusu ketika itu, jadi supplemen tidak berapa penting bagi saya. Kadangkala terpikir jugak,kuasa Allah betul2 melindungi saya dan bayi dalam kandungan kerana saya mampu berpuasa penuh! Tidak tinggal sehari pun,alhamdulillah.

Namun apa yang paling penting,saya memang ikut betul2 masa dan jadual pemeriksaan antenatal. Ini saja saya dapat tahu keadaan kandungan dan kesihatan diri betul2 baik atau tak. Memandangkan kesihatan saya dan bayi dalam kandungan memuaskan, maka memang tiada sebab saya tidak dapat menyusukan si abang. Jom baca apakah kemudaratan yang menyebabkan anda harus berhenti menyusukan si kecil tatkala hamil. KLIK DI SINI: MENYUSU SI MANJA TATKALA HAMIL.

pemeriksaan antenatal ibu hamil
Inilah jadual pemeriksaan antenatal yang saya patuhi =)
Alhamdulillah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala percaturanNya. Saya sentiasa berdoa semoga hero2 saya sentiasa mengingati saya sehingga di alam sana kelak..amin..

" Yang baik semua dari Allah dan yang kurang itu adalah di atas kelemahan saya sendiri" 

Jika anda memerlukan cadangan supplemen ketika hamil, supplemen untuk menyusu mahupun tatkala berpantang, bolehla hubungi saya, 012-5572559-Pn. Dhiya. InshaAllah, tips penyusuan tatkala hamil mahupun tips menyusu bagi ibu bekerjaya berdasarkan pengalaman saya sendiri akan saya kongsikan bersama anda. 

Sekian coretan mama hero..Wsalam...


Berminat nak tau detail set cadangan yang saya ceritakan? Ini contact saya.


Pn. Dhiya Hussin

Shaklee Independent Distributor (ID:1076601)

012-5572559/ suplement4us@gmail.com

2 comments:

  1. tahniah berjaya tandem nursing
    perkongsian hebat

    http://leekamalia.blogspot.com/2014/09/sustained-release-vita-c-plus-500mg.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis. Boleh sebenarnya kalau kita betul2 nak.

      Delete