Thursday 7 August 2014

LANTAI PELVIS LONGGAR JEJASKAN HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI|SET KESUBURAN SHAKLEE

LANTAI PELVIS LONGGAR JEJASKAN HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI|SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam sayang semua pembaca blog dhiya =)

”Dianggarkan 4 daripada 10 orang wanita yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai masalah ”jatuh”(prolapsed uterus)”

set kesuburan shaklee

Sangat menggerunkan kan? Bagi mengelakkan masalah ini daripada membelenggu di kemudian hari, amatlah disarankan agar para wanita mula mengamalkan senaman lantai pelvis atau turut dikenali sebagai senaman Kegel bermula dari sekarang! Jangan salah faham ye, senaman kegel bukan hanya dilakukan oleh para wanita sahaja ye, kaum lelaki pun. Terdapat juga senaman Kegel untuk lelaki dan senaman Kegel untuk perempuan yang harus mula dipraktikan terutamanya untuk kepuasan semasa hubungan intim berlangsung. Namun begitu, memandangkan hanya wanita melalui trauma pengalaman bersalin anda lebih harus ambik kisah!

 Apa itu lantai pelvis?

SENAMAN KEGEL

Lantai pelvis terdiri daripada otot-otot, ligamen-ligamen dan helaian-helaian tisu. Ia meregang dari tulang pubik di bahagian tubuh hingga ke hadapan hingga ke hujung spina di bahagian belakang. Macam trampolin kalau senang nak bayang, kerana keupayaan untuk meregang dan dengan tekanan yang berat dan kembali semula ke atas. TETAPI jiga menampung berat tekanan terlalu lama, otot-otot dan tisu-tisu lantai pelvis ni boleh menjadi kendur dan akhirnya menjadi lemah.

Apa tanda lantai pelvis lemah?

masalah kencing tidak lawas
Kesukaran untuk menahan air kencing setiap kali ianya mahu keluar. Masalah ini sering dialami oleh sesetengah wanita selepas bersalin sering mengalami masalah ”kebocoran” setiap kali batuk atau bersin.

Otot-otot faraj yang lemah juga boleh  menyebabkan rahim boleh melendut dan menekan dinding faraj sehingga rahim boleh ”jatuh” (prolapsed uterus)” seperti yang saya ceritakan tadi.

Jadi, bila nak start senaman kegel ini?

set kesuburan shaklee
Yok, mulakan segera terutamanya selepas melahirkan bayi. Adalah normal jika anda merasa kekok ya la, tak pernah buat. Tapi anda harus tetap berlatih ok! Percayalah, senaman kegel ini sangat bermanfaat dalam membantu memulihkan perineum dan faraj, menghalang masalah kebocoran urin, meningkatkan aliran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka selepas bersalin! Jom dapatkan tips untuk anda mudah bersalin dan cadangan SET PANTANG SHAKLEE untuk kegunaan anda!

Pada hari 1 dan ada yang sampai minggu pertama melakukan senaman kegel ini anda merasakan tiada sebarang gerakan di bahagian otot-otot lantai pelvis. Jangan bimbang, ini adalah normal. Ia berlaku kerana saraf yang terlibat terlalu longgar. Yakinlah, senaman kegel ini tetap berkesan dan teruskan agar hasil yang bakal dikecapi membuahkan hasil. Yang paling penting, lakukan dengan tenang.

TEKNIK SENAMAN KEGEL


Anda boleh melakukan senaman kegel ini bila-bila masa sahaja. Ketika membaca artikel saya ini pun boleh. Ketika memandu pun boleh ja buat. Ia tidak sukar untuk dilakukan malah sangat efektif dalam membantu anda menganjalkan semula otot lantai pelvis.

JOM IKUTI PANDUAN INI

1)Dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring atau mengiring, jarakkan sedikit kedudukan kaki anda agar otot-otot paha, punggung dan abdomen dapat direhatkan.

2)Kemut otot-otot dipermukaan hadapan dan belakan. Gerakkan otot tersebut ke atas.

3)Jangan tolak otot ke bawah sebaliknya kemut dan tolak ke atas

4)Ulang sebanyak 10x perlahan-lahan dan 10x secara cepat

5)Lebih baik lakukan 4-5x sehari

6)Ketika melakukan senaman ini, jangan tahan nafas dan jangan ketatkan otot perut, punggung dan paha. 

NAK DAPATKAN TIPS ATASI  MASALAH ANDA?JOM KLIK LINK INI.

PERINGATAN PENTING!!!!

Seharusnya para wanita sekalian terutaman bakal ibu agar mula memulakan senaman lantai pelvis ini sejak awal usia kehamilan. Jangan risau, senaman kegel untuk ibu mengandung adalah selamat untuk dilakukan. Hal ini kerana, senaman kegel ini kelak membantu anda menampung berat kandungan. Jika otot lantai pelvis berada dalam keadaan baik jadi kemungkinan besar untuk kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan anak adalah tinggi.

CARA KENAL PASTI OTOT LANTAI PELVIS

Ramai yang mengeluh ketika melakukan senamak kegel kerana tidak tahu di mana kedudukan sebenar lantai pelvis kan? Let’s check this out!

Cara 1 : Hentikan pengeluaran air kencing. Senang cerita menahan air kencing tu..itu bermakna anda sendang menggunakan otot lantai pelvis.

Cara 2  : Ketatkan bahagian hujung dubur seperti menahan dari membuang air besar. Otot bahagian ini juga berfungsi bersama-sama otot pundi kencing.

Cara 3 : Penekanan otot lantai pelvis yang tepat akan menolaknya ke atas. Gunakan cermin kecil untuk anda melihat pergerakan ini dengan jelas. 

JOM MULA EXERCISE!

sumber: Majalah Pa&Ma

Anda juga mungkin meminati:
SELENIUM - VITAMIN E CEGAH PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR  
TIPS MUDAH CEPAT HAMIL
Set Kesuburan Shaklee Untuk Hangatkan Hubungan Intim Suami Isteri
 
Ingin jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara untuk mendaftar keahlian Shaklee. Mudah sahaja, klik link-link berikut:

INGIN ORDER SENDIRI SET KESUBURAN ANDA?

JOM ORDER ONLINE DI  SINI

set kesuburan shaklee

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 

suplement4us.blogspot.com

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan, HUBUNGI:

 DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
FanpageYoung & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya



"ANDA SURIRUMAH?PELAJAR?PEKERJA TETAP MAHUPUN SEMENTARA YANG MEMERLUKAN PENDAPATAN SAMPINGAN?GEMAR ONLINE? NAK TAK SAMBIL ONLINE JA DAPAT JANA INCOME MUDAH 4-5-6 ANGKA SEBULAN? ANDA AMAT DIALU-ALUKAN!!! TIADA MODAL TAMBAHAN, PENDAFTARAN YANG MUDAH & TIADA AGENDA TERSEMBUNYI. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA AMAT DIPERLUKAN! JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE SEKARANG!"

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

10 comments: