Penggunaan kaedah perancang keluarga yang baik
Assalamualaikum semua..haa sempena bulan kesuburan bulan ni (sebab promosi GLA beli 6 free 1), saya nak share more on family matters ye. Hopefully bermanfaat kepada anda semua. Asyik entry nak dapat baby, harini kita move on topik kaedah nak merancang keluarga pulak =). Banyak pandangan dan juga kaedah yang dapat digunakan untuk merancang kehamilan ni. Malaysia, melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara amat komited dalam isu berkaitan perkembangan keluarga ini.
PERANAN SUAMI ISTERI DALAM MERANCANG JENIS PERANCANG KELUARGA
Kaum adam adalah menjadi tanggungjawab sebagai peneraju rumah tangga seharusnya telah melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga ni.
Ya la, tambah family bermakna bertambahla komitmen anda. Jadi kena la bersedia fizikal dan mental jugak. Kaedah perancangan keluarga yang baik serta kaedah pencegah kehamilan serta kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri kelak.
Ya la, tambah family bermakna bertambahla komitmen anda. Jadi kena la bersedia fizikal dan mental jugak. Kaedah perancangan keluarga yang baik serta kaedah pencegah kehamilan serta kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri kelak.
Sama-sama ambik tanggungjawab apabila kehamilan disahkan doktor kerana ianya memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang. Sebaik-baiknya sebelum keputusan menjadi ibu bapa, rancanglah dengan baik terutamanya jika belum bersedia akan kehadiran bayi tidaklah terlalu cepat, terlalu lewat ataupun terlalu rapat.
Kehamilan tidak dirancang inilah yang amat merisaukan dan sudah tentunya tidak dikehendaki berlaku. Peningkatan kehamilan luar nikah kini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat malahan menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.
Malangnya, dalam era teknologi yang
membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dengan hanya menggerakkan jari,
masih ramai pasangan tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara
kita.
Masih ada orang percaya wanita tidak akan
mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti
seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga
15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:
- Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar).
- Halangan (kondom).
- Pemandulan.
- Pil perancang (wanita.
- Alat intrauterin (IUD).
- Sistem intrauterin (IUS).
- Implan.
- Suntikan.
- Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan pada wanita dan lelaki. Manakala kaedah lain adalah untuk wanita. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.“Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari. “Kondom juga antara cara pencegahan kehamilan yang baik dan murah. Ia juga dapat mengelak masalah jangkitan penyakit seksual,” katanya ketika pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama yang diadakan serentak di 50 negara, baru-baru ini.
Kaedah terakhir ialah pemandulan yang dilakukan melalui
pembedahan. Kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan kaedah ini kerana ia
tidak boleh ‘diundur’. Ini bermakna, individu yang menggunakan cara ini tidak
berpeluang lagi mendapat anak.
“Setiap pasangan perlu tahu mereka ada banyak pilihan untuk
merancang keluarga. Paling penting, selepas ini tiada lagi orang melakukan
pencegahan kehamilan berisiko tinggi dan terlarang seperti menggunakan racun
sperma (spermisid) atau pancutan air pada vagina selepas persetubuhan,”
katanya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment