Monday 14 July 2014

Shaklee salah satu penyumbang kepada Israel?

Shaklee salah satu penyumbang kepada Israel?


boikot

Assalamualaikum pembaca blog dhiya. Harini dah hari ke 16 berpuasa..sekejap ja masa berlalu. Minggu lepas kita dikejutkan dengan kekejaman zionis Israel yang tidak putus-putus menganiyai saudara-seislam kita dibumi gaza sejak dari peristiwa An Nakbah pada tahun 1948.  Apalah salah dan dosa mereka. Masih tidak puas-puas kah mereka dianiyai sejak berdekad-dekad lamanaya..memang wajar mereka dikutuk Allah dan celakalah ke atas kamu Israel Laknatullah!!!

Sebagai saudara-seislam, sememangnya luluh hati ini mengenangkan nasib mereka. Apalah usaha lagi yang boleh kita sumbangkan selain DOA, DOA, DAN DOA berterusan yang merupakan senjata KUAT orang mukmin.  

Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa  diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada  didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan 
berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama".  (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi". (HR Hakim)

Jadi marilah kita bersama-sama berdoa untuk saudara-seislam kita di sana. Lebih afdal bacakan doa QUNUT NAZILAH ini
BOIKOT
Selain itu, mungkin anda juga akan tertanya-tanya soalan cepu emas ni kan. Eh, bukan Shaklee juga salah satu penyumbang kepada rejim laknatullah ni??? Kenapa dhiya masih tidak boikot Shaklee? Ok, ini tujuan dhiya tulis artikel ni harini. Semoga kita semua bertindak mengikut ilmu dan mengikut akal-fikiran yang waras. Selebihnya, Allah yang lebih mengetahui.
boikot
Atas kesedaran dan keinsafan serta sifat perkemanusiaan, semua orang rata-ratanya melancarkan perang boikot terhadap semua barang, keluaran, iklan keluaran Israel ini. Antara yang paling nyata Mcdonald la  kan? Dhiya rasa isu ini telah lama dan sering dibangkitkan oleh semua orang di Malaysia bahkan seluruh dunia rasanya agar umat Islam boikot Mcdonald ni. Apa-apapun tindakan yang kita nak ambil, mari kita renung sejenak. Sebenarnya, adakah kita nak boikot 1) semua produk daripada yahudi atau US serta semua negara yang menyokong Israel atau 2) boikot semua syarikat yang menyumbang kepada Israel? Maksudnya disini, kita mesti tidak akan boikot sebarangan, mesti bersebab. Kita tidak akan boikot syarikat itu unless dia menyumbang kepada Israel termasuklah syarikat Islam sendiri pun jika ada yang berbuat sedemikian. Isunya,  boikot hanyalah pada syarikat itu bukan seluruh negaranya. Janganla disebabkan nilai setitik habis susu sebelanga! Ada orang kata boikot kerja bodoh. Dan orang Islam baru nak boikot dan bila boikot bermusim pula. Pengertian berkenaan boikot ini dhiya rujuk salah satunya daripada Aqsa Sharif berkenaan boikot FB ni.

boikot

boikot

Jelas kan menunjukkan penting untuk gunakan FB sebagai salah satu medium untuk memboikot Zionis ini. Kerana secara amnya, ramai yang kini membuka mata apabila banyak info berkaitan berita terkini di sana selalu dimasukkan ke dalam fb. Lebih banyak kebaikan dari keburukan bukan?

Beralih kepada kes Shaklee tadi, sebenarnya adakah anda tahu asal usul Shaklee sebenarnya? Ya betul, Shaklee berasal dari US dan off course lah produk US. Maka tidak hairanlah ramai yang mula nak boikot Shaklee. Untuk pengetahuan, Shaklee ni dimiliki oleh Roger Barnet dan beliau  bukannya Yahudi dan syarikat adalah milik beliau bukan milik US. Shaklee juga TIDAK MENYUMBANG KEPADA ISRAEL. Tapi muncul pula isu hamba Allah sorang ni, iaitu Kenneseth yang menyumbang kepada Israel. Nah!



Kenneseth sebenarnya adalah seorang ahli Shaklee sahaja atau SID (Indepent Distributor Shaklee). Dia adalah individu yang menyumbang kepada Israel bukannya mewakili Shaklee secara keseluruhannya. Sama juga seperti saya. Menderma kepada umat Islam yakni hasil daripada diri saya bukan Shaklee wakilkan saya untuk menderma. Ya la, Shaklee membayar bonus pada semua ahlinya dan kita berhak untuk belanjakan apa saja kerana itu merupakan hasil usaha dan wang yang diperolehi. Alhamdulillah, kami juga membayar zakat, sekali lagi ianya adalah untuk umat Islam maka tidak boleh dikatakan sumbangan dari Shaklee tapi ia sumbangan peribadi para SID.Yang pastinya, jika anda berniat untuk memboikot Shaklee sebenarnya si Kenneseth ini yang patut anda boikot.

Samala juga jika kita bekerja pun. Bekerja dengan syarikat Islam contohnya. Tapi setiap bulan dapat gaji gi berfoya-foya, gunakan gaji yang diterima untuk membuat segala bentuk maksiat, adakah kita akan kata syarikat ni penyokong maksiat, TIDAK! Ini terjadi atas individu itu sendiri bukan atas arahan syarikat. Begitulah sebaliknya. Ya la, duit masing-masing kan? Kita tidak ada kuasa untuk mengawalnya. 

Tapi kalau klik logo Shaklee akan direct ke website terus untuk membuat pembelian seperti eSell yang diperkenalkan di Malaysia baru-baru ni. Perlu diingat, website yang keluar itu adalah untuk pembelian dengan SID tersebut sendiri tanpa perlu berjumpa SID tersebut. KLIK link caramenggunakan eSell ini. Dalam hal ini shaklee memang tidak menyumbang kepada Israel dan produknya juga halal, maka tiada sebab untuk diboikot.

Kenapa supplemen Shaklee? Banyak lagi supplemen lain yang diperbuat di Malaysia?


Isu sekarang bukanla Shaklee produk US atau tidak. Sekarang isunya adalah produknya berkualiti, dijamin halal dan berkesan. Ia juga dah dijalankan research berbillion-billion ringgit. Setakat sekarang masih tiada produk supplemen yang setara seperti Shaklee. Maafla, saya memang tak kan ambik supplemen yang tidak ada reseach dan proof yang betul-betul selamat untuk diambil especially kesan masa panjang. Maklumat lanjut mengenai Shaklee KLIK DISINI.

Seandainya ada syarikat Islam yang mengeluarkan produk setanding Shaklee, dengan kualiti dan keberkesanan serta kajian yang terbukti selamat, mana mungkin untuk ditolak lagi. Mestilah produk sebegini yang akan DIUTAMAKAN. Memandangkan setakat ini masih tiada lagi pilihan yang ada, tidak salah untuk diamalkan produk-produk Shaklee dengan niat untuk beribadah kepada Allah. Kalau sakit sini, bagaimana nak beribadah dengan lebih mudah? Sekurang-kurangnya kita dapat manfaat daripada tidak berikhtiar langsung. 

Jadi, bukan mata dan minda kita ya agar boikot berlandaskan ilmu dan lihat dari segala segi. Jika manfaatnya lebih membawa kebaikan kepada semua, maka itu lebih perlu diambil berat. 
Di US pun ada orang Islam, sudah tentu mereka juga mengamalkan pengambilan suplement in kan?

Akhir sekali, berkaitan isu berurusniaga dengan kafir. Perkara ini sebenarnya dibolehkan dalam Islam sepertimana zaman Rasulullah dahulu juga perna berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Sesungguhnya nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW (Riawayat Al Bukhari).


Kita bukan boikot semua produk yang berasal dari US atau Yahudi, tapi kita boikot syarikat yang menyumbang kepada kewangan Israel. Jelas bukan? Yang baik dari Allah, yang buruk datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.Wallahualam..


Anda mahu jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara daftar shaklee. Mudah sahaja salah satu link berikut:

ANDA INGI DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE?

JOM ORDER ONLINE DI  SINI

http://ow.ly/yNCgn

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 

suplement4us.blogspot.com

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info, HUBUNGI:

 DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
FB: Young & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

No comments:

Post a Comment