Wednesday, 10 September 2014

Perancang keluarga yang terbaik

Perancang keluarga yang terbaik

Salam sayang semua..siapa di sini memakai perancang keluarga? Hehehe..harini entry eksklusif untuk mereka yang mencari kaedah perancang keluarga yang terbaik yang saya ingin kongsikan. Apa-pun, coretan ini adalah berdasarkan pengalaman diri ini dan juga berdasarkan nasihat doktor ye tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati.Cewaahhhh disclaimer gitu =)

Ok, sebenarnya terdapat pelbagai kaedah bagi merancang keluarga antaranya seperti penggunaan kaedah perancang keluarga ataupun kaedah perancang keluarga secara semulajadi.
kaedah perancang keluarga yang terbaik

Kaedah semula jadi atau  kaedah kalendar dikenali sebagai kaedah ‘Rhythm’ atau Kaedah Kalender-Rhythm. Jika pasangan mengamalkan kaedah ini, hubungan seks dilakukan pada waktu yang dikira ‘selamat’ dalam putaran haid isteri, iaitu mengelakkan seks pada waktu isteri subur (jika tidak, gunakan kondom).


Manakala bagi kaedah perancang keluarga yang sering digunakan pula adalah
  • Suntikan hormon pencegah kehamilan
  • Penggunaan alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
  • Pil kontraseptif
  • Implan 
  • Vasektomi
Haa banyak kan, harini saya nak share kaedah perancang keluarga implanon dari segi hukum dan juga kesan sampingan ye. Ok, mula2 sekali kenapa saya pilih implan? Sebenarnya ini adalah alternatif ke-2 saya kerana pengambilan pil perancang untuk menjarakkan kehamilan ke-2 kurang menjadi. Maybe ambik tanpa pengambilan yang betul dan saya kurang cukup disiplin hehe.

Ok, first of all apa hukum menggunakan implan? Hukum menggunakan kaedah perancang keluarga secara implanon dalam Islam adalah harus kerana ianya adalah bersifat sementara. Off course jugak tujuan menggunakannya adalah kerana isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan ataupun kehamilan yang kerap boleh menyebabkan kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri. Bagi saya, penggunaan implanon ini adalah lebih kerana kehamilan yang kerap memungkinkan kemudaratan dari segi kesihatan memandangkan usia anak pertama yang masih kecil dan suami yang jarang berada di rumah. Sebab itu, bagi mengelak kemudaratan di masa hadapan, penggunaan implanon lebih baik dan mengelakkan diri dari terlupa seperti penggunaan pil perancang sebelum ini hehe.

Pengalaman saya? Hehehe..rasanya sama macam anda yang tengah membaca entry saya ni jugak. Search sini sana nak tau sakit ke tak pasang implant ni. Untuk pengetahun pembaca blog tersayang, saya adalah antara golongan yang tidak tahan sakit. Means kalau saya cakap pemasangan implanon ni tak sakit memang I really meant it! Yup, memang tak sakit langsung hehe..masa pemasangan itu tak sakit langsung n off course la lepas tu adalah lebam sikit di tempat yang pasang disebabkan kita memasukkan bendasing ke dalam bahagian tangan kan?

Apapun apa effect pakai implant?
Masa mula-mula dipasang memang doktor atau nurse akan explainkan dulu effect pakainya. Saya pasang implan di LPPKN dulu..sebab..lebih murah hehehe..RM320 termasuk pendaftaran selama 3 tahun..So ok la dari gi private sampai RM600 lebih kan..Ok, apa effectnya?

1) Kedatangan haid akan terganggu di sini bermaksud, ada yang akan period seperti biasa, ada yang tidak menentu dan ada yang tidak period langsung. Jangan gelabah ye, sebenarnya tidak datang bulan itu bukannya bermaksud darah kotor tidak keluar seperti yang biasa kita faham darah haid yang keluar disebabkan persenyawaan yang tidak berjaya, tetapi hormon kita telah terganggu yang menyebabkan darah haid itu tidak berlaku. So janganlah risau ye.

2) Masalah kegemukkan..haaa..ini you have to be prepared. Alhamdulillah, saya tidaklah naik sampai 10kg..cuma nak dapatkan berat seperti sebelum kawin tu..kena usaha gigih sikit la =)

3) Naik jerawat, ini memang akan jadi la sebab hormon terganggu kan. Apa-apapun jangan lupa gunakan pencuci muka dan ubat jerawat yang sesuai untuk anda. InshaAllah tak perlu anda ke dermalogist pun hehe..

Ok, setakat ini sahaja saya nak share mengenai kaedah perancang keluarga menggunakan implan. Sebelum kita jumpa dilain siaran, ni jom tengok cara pemasangan implan ni. Tak sakit pun dan ambik masa tak sampai 2 minit pun untuk pasang.

SELAMAT MENCUBA!

perancang keluarga terbaik


INGINKAN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE????

JOM KLIK DI  SINI

KESAN SAMPINGAN SHAKLEE

NAK LEBIH JIMAT?
NAK LEBIH DISKAUN?
NAK LEBIH CASH BACK?
-----> JADI AHLI SHAKLEE SEKARANG <-----

Mudah sahaja, klik link-link berikut:

 

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli

 JOM DAFTAR SEKARANG! 

suplement4us.blogspot.com

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info, HUBUNGI:

 DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
FB: Young & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN! ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF KAMI"


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *



No comments:

Post a Comment