Cara Nak Tambah Susu Badan│ Panduan Pilih Pam
Assalamualaikum dan selamat pagi semua =)
Dah hari ke-17 kita berpuasa. Saya nak tanya ibu-ibu menyusu ni, macamana produktiviti penghasilan susu anda? Didoakan semuanya berjaya melaksanakannya dengan baik ye, amin mudah-mudahan sehingga habis Ramadhan ini, inshaAllah. Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan membaca DOA TAMBAH SUSU ini.
Sebelum ini saya ada sharekan PETUA TAMBAHKAN SUSU BADAN secara alami iaitu melalui pengambilan makanan yang berkhasiat. Harini nak share pulak bagaimana caranya untuk memilih pam yang baik dan berkualiti agar dapat menjayakan penyusuan susu ibu. Panduan ini saya peroleh daripada Pakar Laktasi, Puan Rita Rahayu Omar.
Kini terdapat pelbagai jenis, brand, dan design pam payu dara ini yang terdapat di pasaran dan off course la sampai tak tau nak pilih yang mana kan? Ok ke design macamni? Sesuai ke dengan aku? Kualiti setanding harga dia ke? Ini pasti antara soalan-soalan yang akan difikirkan tatkala memegang pam payu dara di depan mata bukan..? Sebenarya, penekanan hendaklah diberikan kepada keperluan ibu. Bagi ibu bekerjaya dan jadual kerja yang agak ketat, penggunaan pam payu dara jenis elektrik adalah disyorkan.
Ciri yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pam elektrik
1) KESELESAAN
Pam elektrik automatik mempunyai ciri kekuatan sedutan, auto-cycle atau cycle yang boleh dikawal, oleh itu selesa untuk digunakan. Pam ini boleh mengawal sedutan dan cycle menggunakan butang khas mengikut keselesaan. Ada pam yang lebih canggih mampu merangsang pancutan refleks (let down/milk ejection reflex) dengan menekan atau memutar butang untuk kembali ke mod pemerahan selepas pancutan refleks tercapai.
2) KEBERKESANAN
Pilih pam yang menyerupai cara hisapan bayi sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Bagaimana tu? Cari pam yang kekuatan hisapannya sekurang-kurangnya 200-2540mmHg. Kekuatan hisapan ini penting kerana jika terlalu perlahan ia tidak berkesan TETAPI kalau terlalu kuat boleh menyakitkan payu dara.
***INFO PENTING***
Ramai yang berpendapat lagi kuat hisapan pam adalah lebih baik, ini tidak benar sama sekali! Ini boleh menyebabkan kecedaraan pada payu dara. Oleh itu, elakkan menggunakan sedutan paling maksima apabila mengepam.
3) CARA MENGEPAM
Terdapat pelbagai versi pilihan pam elektrik di pasaran yang berkampuan dengan cara-cara berikut:
(i) Mengepam sebelah sahaja
Hanya mampu mengepam sebelah payu dara sahaja pada satu-satu masa. Memerlukan tempoh mengepam yang lebih lama dan rangsangan tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua-dua belah serentak. Tetapi pam jenis ini masih boleh digunakan secara sambilan terutamanya jika anda mengepam satu atau 2x sehari.
(ii) Kedua-dua belah pam
Menurut kajian, ia terbukti lebih berkesan bagi tujuan merangsang penghasilan hormon prolaktin dan penghasilan hormon prolaktin agar penghasilan susu lebih baik. Ini amat disyorkan bagi ibu bekerjaya dek kesibukan masa untuk mengepam..=)
4) HARGA
Pam payu dara elektrik yang berkualiti biasanya lebih mahal iaitu dalam lingkungan RM350 hingga RM1,500 bergantung juga kepada jenis dan jenamanya. Manakala harga pam manual berkualiti pula lebih murah iaitu antara RM250 hingga RM300.
Mahalnya???? Anggaplah ia sebagai satu pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu lagi membeli susu formula.
***INFO PENTING***
Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu awal pagi. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk mengepam walaupun ketika itu adalah masa tidur anda!
"SELAMAT BERJAYA MOMMIES SEKALIAN"
Mommies juga mungkin ingin mengetahui..
Set Lengkap Ibu Menyusu Zaman Moden
SET,HARGA, & TESTIMONI
BADAN KURUS, SUSU MERIAH
Ingin jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara daftar shaklee. Mudah sahaja salah, klik satu link berikut:
ANDA INGIN ORDER ONLINE SENDIRI SET PENYUSUAN SHAKLEE?
JOM ORDER ONLINE DI SINI
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info, HUBUNGI:
DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
Fanpage: Young & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI
SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN!
WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA AMAT DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT
KE GROUP EKSLUSIF KAMI"
call/sms/whatsapp 012-5572559
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI
SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN!
WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA AMAT DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT
KE GROUP EKSLUSIF KAMI"
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *
No comments:
Post a Comment