Saturday, 18 October 2014

Menangani tempoh 2 tahun yang dahsyat!

Menangani tempoh 2 tahun yang dahsyat!Meal Shakes Shaklee untuk si manja

Tips keibubapaan
Mendidik anak memerlukan masa yang panjang dan menuntut kesabaran yang sangat tinggi

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan uoallsss


Harini cuti apa aktiviti? Dirumah ke? Sementara anak-anak kesayangan bangun tidur, nak update blog kesayangan ni. Teringat si abang, yang bakal genap berumur 4 tahun Disember nanti dan juga si adik yang kini dah berumur 2 tahun. Benarlah membesarkan anak ni sangat2 menguji kesabaran kami berdua. Begitu juga dengan ibu bapa di luar sana kan? Semua yang mempunyai anak akan melalui keadaan yang cukup  mencabar ni dengan sabar. Tambah2 lagi anak zaman sekarang sangat aktif dan cepat belajar. Harini nak share tips keibubapaan sikit, inshaAllah =)

Terrible twos ataupun 2 tahun yang dahsyat inilah tajuk entry saya tadi. Macam gempak sangat bunyinya tadi hihihi..Ok, terrible twos terjadi ketika anak berusia 2 tahun ke bawah iaitu mereka menunjukkan eksplorasi yang mereka ingin mencuba padahal diri tidak berkemampuan. 


"Tak pa mama, abang boleh bukak selak pintu sendiri"
"Tak pa mama, abang boleh angkat kotak tu"

Ini antara perbualan si abang dulu. yang sebenarnya anak kecil ni cuba nak inform, "Mama, ayah,  abang dah besar. Abang boleh buat sendiri!" Haaa inilah sebenarnya situasi di mana si kecil berada dalam satu konflik diri. Keinginan untuk berdikari dan keperluan untuk bergantung kepada orang dewasa. Kalau tidak endahkan mula la mereka merajuk, berubah mood dan sebagainya yang akhirnya mula la kita nak naik angin! haha..Off course la kita ibu bapa pun masih dalam tempoh belajar untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak. Jadi, saya sharekan tip mudah untuk menangani masalah terrible twos daripada Majalah Harmoni Edisi September 2014 untuk sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan kita =)

TIPS HADAPI TEMPOH TERRIBLE TWOS


Elakkan soalan yang boleh dijawab dgn  "ya" atau "tidak"

Haa confirm anda "check mate" punyalah dengan soklan gini hihihi..Boleh bayangkan 5 soalan dalam masa 5 saat..mampu anda jawab dengan betul dan paling penting sabar?Ok, berbalik kepada elakkan jawapan ya atau tidak tadi, maksudnya jangan tanya mereka soalan yang mereka akan jawab TIDAK. Contohnya:

Abang nak mandi tak? 
Abang nak makan nasi?

Kemungkinan besar mereka akan menjawab TIDAK adalah tinggi. Cuba tanya macam ni:

Abang nak mandi sekarang atau sekejap lagi?
Abang nak makan nasi ke roti?

Barulah mereka rasa lebih berdikari =)

Fokus kepada tingkah laku baik yang mereka lakukan daripada menghukum kesalahan semata-mata

opsssss..hihihi..sebenarnya ini cara paling baik untuk membina peribadi positif mereka. Ambik buku nota, catit tingkah laku baik yang mereka lakukan harini. Contohnya, letak baju di tempat basuh baju, tolong jaga adik, basuh tangan dan lain-lain. Sebelum tidur, kongsikan perkara-perkara ini sambil mengusap kepala mereka dengan penuh kasih sayang. Confirm mereka seronok nak buat hari-hari!

Fokus tingkah laku yang kita nak mereka lakukan bukan hanya kepada perkara yang kita tak suka mereka lakukan

Ini paling sukar kebanyakkan ibu bapa nak apply. Ya la kesabaran ditahap maksimum katakan. Contoh situasi macam ni:

Anak anda berlari-lari di pusat membeli belah, memang sahlah anda akan melarangnya dengan nada yang kasar dan marah. 

Jadi tukar kepada kata yang lembih lemah lembut :
"Abang, mama suka kalau abang jalan dekat-dekat dengan mama. Kat sini ramai orang"

Cuba sedaya upaya tidak berebut kuasa dengan si kecil

Biarkan mereka untuk membuat keputusan selagi tidak memudaratkan mereka dan sesiapa. Tapi bukan semua keadaan la ye. Kalau mereka tak nak duduk dikerusi keselamatan bayi, memang anda kena bertegas!

Elakkan daripada menuntut kepatuhan daripada anak anda

Hehehe rasanya saya sendiri masih belajar untuk praktikan tips ini. Daripada kita mengarahkan si kecil mengemas mainan mereka, cuba tukar kepada pujian

"Boleh tolong mama simpan permainan yang comel ni dalam kotak mainan. Abang memang rajin, sebab tu mama sayang" 
Mereka akan rasa lebih dihargai dan terasa sungguh diperlukan =) 

Cukuplah sedikit sharing saya harini. Saya pun masih mempraktikkan tips ini. Mudah2an membantu ibu bapa di luar sana juga. Ini beberapa buku yang mungkin anda boleh cuba dapatkan untuk membantu anda =)



SEMOGA MENJADI IBU BAPA TERBAIK,INSHAALLAH!


Anda mencari suplement untuk membantu anak anda yang kurang selera makan? bermasalah sembelit ataupun bermasalah asthma? Mungkin pengambilan suplemen berikut dapat membantu anda. Klik DISINI.
"NAK DAPATKAN MEAL SHAKES PADA HARGA PROMOSI???KLIK DI SINI"
Inginkan cadangan set produk Shaklee lain untuk anak anda? Jom contact saya.



Pn. Dhiya Hussin

Shaklee Independent Distributor (ID:1076601)

012-5572559/ suplement4us@gmail.com



No comments:

Post a Comment