Thursday 10 July 2014

Pemakanan Mengikut Sunnah Nabi


PEMAKANAN MENGIKUT SUNNAH NABI

 

pemakanan mengikut sunah
Alhamdulillah..amalan pemakanan mengikut sunnah memang  amat disarankan dalam kehidupan seharian kita. Maka tidak hairanlah sekarang ni berbondong-bondong makanan mengikut sunnah ini diwar-warkan di pasaran. Bersyukur sangat sebab kadangkala ada yang tak tahu dan lebih parah tak ambik kisah pun kepentingan mengamalkan makan mengikut sunnah ini. Tapi sebelum kita jump kepada conclusion, jom mari kita fahami bagaimana yang dikatakan sebagai pemakanan sunnah ini agar fikiran kita lebih terbuka dan paling penting kita betul2 mengamalkan pemakanan yang sihat lagi mengikut sunnah, inshaAllah.
makanan sunnah

Berdasarkan dalil inilah Rasulullah S.A.W pegang, asas kukuh semua makanan adalah harus kecuali ada dalil yang menyatakan secara jelas bahawa makanan tersebut adalah haram seperti arak secara automatik tertolak. Tapi jika tiada dalil, iainya jatuh sebagai harus dan tiada halangan. Secara hakikatnya, apa yg penting bagaimana adab makan dan bagaimana akhlak kita terhadap makanan yg merupakan intipati mengikut sunnah S.A.W. Maksudnya, janganla terlalu taksub kepada makanan sahaja ye kerana kalau kita tidak mengikut adab dan akhlak juga tidak mengikut amalan sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun anda pengguna tegar produk2 sunnah.

Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Presiden MURSHID, Pensyarah Kanan UIAM berpandangan:
makanan sunnah
Namun adakah kita tahu ada beberapa contoh yang nabi sebutkan apabila kita mengamalkan makanan ini ada  nilai dan kelebihan tertentu, contohnya Nabi sarankan kita berbuka puasa dengan kurma dan air kosong. Ada fadilatnya mengapa kita dianjurkan berbuka sedemikian.

Panduan memilih makanan mengikut sunnah

 

1)Pilihlah makanan yang halal dan baik

Pemilihan makanan yang sihat sebenarnya secara tidak langsungnya telahpun mengikut sunnah. Sebab kita telah menjaga kesihatan kita dengan memilih makanan yang terbaik agar kita dapat beribadah kepada Allah. Ini pun sebenarnya dah dapat pahala sunnah

2)Makan mengikut adab-adab yang disarankan oleh Nabi

Apa adab-adab yang Nabi ajarkan..? Membaca bismillah, membaca doa makan, makan dengan menggunakan tangan kanan bukannya sudu,ambik makanan yang dekat terlebih dahulu. Inilah antara adab-adab yang Nabi sarankan. Adakah kita mengamalkannya dengan betul? Kata nak ikut sunnah kan..? Even kalau kita mengambil makanan sunnah sekalipun tapi tidak menjaga adab-adab makan ini tiadala ertinya juga. Dengan menjaga adab makan ni sambil meniatkan sebagai ibadah kepada Allah, automatik kita sudah mengikut sunnah Nabi S.A.W.

3) Menolak kemudaratan 

Maksudnya, jika kita mengetahui sesuatu makanan itu akan mendatangkan kemudaratan berdasarkan fakta dan asas yang betul berserta kajian-kajian yang telah dijalankan, elakkan la atuapun janganla mengamalkan pegambilan makanan sebegitu. Menolak makanan sebegini pun telah menunjukkan kita telah mengikut sunnahnya.

Oleh itu janganlah kita claim produk2 lain menggantikannya sebagai menggantikan fadilat yang Nabi dah sarankan ini.Wallahualam.


Jika anda inginkan cadangan pengambilan makanan yang sihat anda boleh hubungi saya seperti berikut:

 DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
FB: Young & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya



 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"


5 comments:

  1. Alhamdulilah info yg sngt berguna.. menjaga pemakanan itu juga sunnah.. jom jenguk blog sy. http://lovehealthy4us.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  2. Tq for the good info

    ReplyDelete
  3. Smoga rmi lg org lbh phm apa yg dmaksudkn pemakanan sunnah kn... jejak sy 》http://superummishoppe.blogspot.com/2014/07/perkongsian-pemakanan-sunnah-vs-shaklee.html?spref=fb&m=1

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah sama2 perbaiki
    www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete