Tuesday, 3 June 2014

BISNES MLM SISTEM PIRAMID YANG DIBENCI

BISNES MLM SISTEM PIRAMID YANG DIBENCI

Setiap kali mendengar MLM business kebanyakkan orang akan melarikan diri, fobia, tak kurang jugak mungkin ada yang trauma kan? Dalam fikiran masing-masing terbayang kes mengejar orang untuk jadi ahli, kes buat loan berpuluh ribu lepas tu xkaya2 pun...

Secara jujurnya, dhiya pun pun sama sebab terbayang semua MLM adalah sama. Ya la, pernah join jugak MLM sebelum ni, tapi memang tersilah langkah. Kini dah mula tahu, rupanya tidak semua sama sebab itulah kena betul mendalami apa itu MLM.

Seringkali biasa kita faham yang MLM ini selalunya piramid. Yang atas tetap di atas dan di bawah tetap di bawah selamanya kan. Tapi sedarkah kita yang pekerjaan di pejabat kita sekarang juga adalah piramid? Lihat bentuknya.

LEVEL JAWATAN DI PEJABAT
Nampak x? Top Manager tetap seorang mana mungkin ada 5 orang bukan? Sebijik bentuknya seperti piramid? Berapa ramai yang membenci piramid tapi tak sedar yang sistem di pejabat anda juga adalah piramid.

Sebenarnya, MLM @ multi level marketing adalah satu bentuk kaedah strategi pemasaran. Dan anda kena perhatikan perkara-perkara ini sebelum mencuba mana-mana MLM  ok?

Jangan sertai atau fikir dengan mendalam jika perniagaan MLM business yang ingin anda sertai mempunyai antara ciri-ciri ini:

❤️Menyasarkan pencarian ahli baru dengan modal tertentu tanpa produk untuk dijual. Tiada produk yang nyata. Malah produk yang ada mungkin 1,2 hanya mengaburi mata.


❤️Bonus dibayar atas kiraan kepala. Maknanya makin ramai yang menyertai maka makin banyak bonus cash yang kita dapat walau kita tidak menjual produk. Setiap keahlian baru yang berjaya ditaja akan dibayar.


❤️Belum apa-apa, belum mulakan bisnes tetapi anda perlu membayar sejumlah modal berjumlah yang besar hingga terpaksa membuat pinjaman contohnya labur 10k dapat pulangan 50k dalam masa sebulan. 


Banyak lagi lah taktik seolah skim cepat kaya ni tapi ramai yang tertipu dan kelabu mata dek kerana nak jadi kayo atau pun jutawan segera. Tapi nak jadi jutawan boleh, menganiaya orang itu tidak boleh. Menjawabla di sana nanti..huhuhu.. Bayangkan kita kata mahu bantu mereka yang sangat perlukan wang tambahan tapi kalau dah terpaksa buat pinjaman bank maka apakah bantuan itu? Akhirnya orang tersebut akan menanggung bertahun-tahun hutang tapi untung tah ke mana. Mintak dijauhkan dari perkara sebegini Ya Allah!

ANTARA CIRI2 MLM BUSINESS YANG ANDA HARUS ELAKKAN

Shaklee pun berasaskan MLM business jugak kan? Ya betul, Shaklee juga adalah syarikat yang berasaskan sistem MLM tapi MLM yang bagaimana? Ianya adalah sistem yang patuh syariah dan adil pada semua kerana:

❤️Tiada bonus tersembunyi kerana semua bonus yang diperolehi berdasarkan kiraan yang jelas dan nyata.

 

❤️Ahli tidak akan mendapat bonus atau cash dari penajaan ahli kerana bonus dibayar dengan sales produk. Walau berapa ramai anda cari ahli tapi tanpa sales produk, anda tidak akan dibayar apa-apa.

❤️Bukan berdasarkan piramid kerana ianya adil untuk semua. Maknanya siapa yang di bawah atau join lambat dari yang atas, ada peluang memintas pendapatan orang atasnya. Maknanya di sini siapa buat, maka dia yang akan dapat. WHAT U GIVE, U GET  BACK! Bukan berdasarkan seniority yang mana join dahulu maka dia yang akan kaya selamanya dan di bawah takkan naik sampai bila-bila.



Sebab ianya bukan piramid dan tidak nampak ciri-ciri MLM business yang selalu dibayangkan itu, maka sebab itulah saya terjebak dengan shaklee ini dan sangat menyesal kerana tidak terjebak dari awal. Dari asalnya tujuan dhiya ambik supplemen Shaklee kerana nak mencuba produk untuk penyusuan ibu, akhirnya jatuh cinta kerana keberkesanan produknya. Bayangkan kalau produk yang hanya indah khabar dari rupa? Confirmla x wujud dah nama Shaklee kt pasaran sekarang.  Tapi uniknya Shaklee adalah atas dasar produknya kerana ia menjalankan beribu-ribu ujian dan melabur berbillion bagi memastikan produknya bermutu tinggi.

Oleh sebab itulah, dhiya tidak nampak ianya satu sistem yang merugikan kerana apa yang selalu dhiya kongsi dengan orang ramai adalah keberkesanan produk, bukan atas dasar ingin menjual semata-mata. Contohnya, kalau kita menjual makanan, mesti kita akan pastikan kita rasa betul2 sedap dan puas hati sebelum menghidangkan pada orang lain kan?

Kesimpulannya tidak semua MLM itu buruk dan menipu, anda perlu kaji dahulu sebelum berkata kerana x kenal maka x cinta..=).. itupun jika kita bertemu dengan MLM yang betul, seperti ciri-ciri yang dhiya sebutkan tadi.

Nak tahu info lanjut atau sertai Shaklee bersama dhiya? Jangan malu2 untuk bertanya dhiya ye..call/sms/whatsapp 012-5572559 atau email: suplement4us@gmail.com

Semoga memberi manfaat buat semua..Wsalam...=)





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

No comments:

Post a Comment