Friday 26 September 2014

Proton Iriz atau Perodua Axia

Proton Iriz atau Perodua Axia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

produa axia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..alhamdulillah..selepas seminggu Perodua Axia dilancarkan..kini model Proton baru Proton Iriz selamat dilancarkan..memeriahkan lagi industri automotif negara, Proton Iriz merupakan kereta kompak yang dikenali sebagai PCC (Proton Compact Car).

Dilancarkan walaupun seakan-akan menyaingi Produa Axia yang dilancarkan pada 15 September 2014 yang lalu, Proton Iriz seperti yang ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, adalah kereta kompak dalam segmen B dengan enjin berkapasiti antara 1.3 liter ke 1.6 liter berbanding Perodua Axia yang juga merupakan kereta kompak tetapi dalam kategori segmen A dengan kapasiti enjin 1.0 liter.

Apapun perbezaannya, Proton Iriz yang direka sebagai menggantikan Proton Savvy dilihat harus menyaingi kereta kompak segmen B yang telah cukup lama bertakhta di dalam segmen ini seperti Perodua Myvi, Suzuki Swift, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz dan Peugeot 208. Mampukah PCC ini ‘berentap’ dengan pendahulu pasaran untuk segmen tersebut. Mari kita doakan yang terbaik ye =)

Jika dilihat daripada statistik 2013,  Perodua masih mendominasi jualan keseluruhan kenderaan penumpang sebagai pengeluar kereta kompak utama dengan 196,071 buah manakala Proton pula ditempat kedua dengan 138,753 buah yakni menurun daripada 141,120 buah pada tahun 2012.



Program PCC ini telah dimulakan oleh proton sejak 2010 lagi dan memerlukan 4 tahun bagi menghasilan kereta kompak yakni Proton Iriz ini lah. Dilihat dari segi fokus Proton, kenderaan yang dihasilkan oleh Proton lebih mengutamakan keselamatan yang tinggi dimana sistem brek antikekunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) bantuan brek (BA) hill-hold assist (HHA) dan sistem penyaluran brek (EBD) dititikberatkan. Jangan tak tahu ye, kilang Proton di Tanjung Malim menggunakan robot bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti produk. Rakyat Malaysia juga merupakan 1 antara 14 buah negara di dunia yang mampu membuat kereta, maka PCC ini dibangunkan oleh pereka dan jurutera rakyat Malaysia. Ianya adalah pencapaian yang amat membanggakan bukan?Atau senang cakap, PCC dihasilkan mengikut cita rasa tempataan yang dicirikan dengan reka bentuk dan keselamatan yang setaraf dengan kereta buatan Jepun dan Eropah.

Manakala Perodua pula lebih menitikberatkan soal JIMAT. Ya la, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini membuatkan pengguna memilih kenderaan yang yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka. Perodua juga memperkenalkan produk pada harga yang lebih murah dan berpatutan yang sekaligus menjadikan produk mereka mampu milik. Kini Perodua juga mencetuskan rekaan mereka daripada kilang terbaharu bertaraf dunia melalui penggunaan robot!

Pilihan ditangan anda. Yang pastinya, Proton Iriz akan tetap dibandingkan dengan Produa Axia. Nasihat ikhlas saya, buat pilihan yang tepat! Sharing is caring =)

Luv,

PnDhiya Hussin

Shaklee Independent Distributor (ID:1076601)

012-5572559/ suplement4us@gmail.com

"sharing is caring"





2 comments: