AMALAM PEMAKANAN YANG BETUL ELAK KANSER
Hi semua..=) takut pulak dengaq cerita pasal kanser malam2 ni..urmm terus tergerak nk buat entri pasal kanserlah!
Banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mengubati kanser xkiralah melalui perspektif moden mahupun al-Quran. Tapi, tahu x sebenarnya, kanser ini boleh dicegah melalui pemakanan.
Menurut seorang pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Islam
Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit terutama
yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka
telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer
recurrence.)
Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.
![]() |
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCEGAH KANSER |
Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.
Apa itu diet beralkali?
Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa. Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.
Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?
Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.
Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.
Adalah digalakkan memakan
banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi
kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.
Ini bukan bermakna
pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan
mengurangkan pengambilannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda “perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit” (Hadis Riwayat Muslim).
![]() |
ANTARA MAKANAN PENYEBAB & ANTI KANSER |
Antara makanan yang perlu
dikurangkan atau dielakkan adalah seperti:
1. Daging merah
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.
2. Gula
Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.
3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.
4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cen gkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.
5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.
6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.
7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.
8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem
imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan
tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.
Diet sihat mempercepatkan
penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh
membuatkan seseorang kurang selera makan.
Kadangkala pesakit
dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit
menelan atau mengunyah.
Kadangkala ubat
kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi,
pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.
Hilang selera makan boleh
berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser
memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.
Apabila makan, badan
menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak
akibat rawatan kemoterapi.
Kesimpulannya pesakit
kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan
sel kanser di dalam badan pesakit.
Jika pesakit mengamalkan
diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.
Ini kerana bila seseorang
menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet
lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan
diet berasid.
Selain pemakanan
seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan
waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres,
perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bila hati dan jiwa kita
dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas
penyakit yang dihadapi.
Nabi Muhammad bersabda
“Berubatlah kamu dengan dua perkara – madu dan al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu
Majah).
Madu adalah ubat segala
penyakit tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan
menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk
menyembuhkan kita.
Jadi di sini wajar
pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan
gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.
Kajian saintis barat
menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula.
Disebutkan dalam hadis
Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang air zamzam “Sesungguhnya air zamzam itu
penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan”.
Abu Daud Ath-Thayalisi
menambah dalam musnadnya “Dan penyembuh penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim).
Di dalam proses
penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak
mungkin.
Untuk mencuba alternatif moden yang dijamin halal, selamat, dan semulajadi? pm saya atau terus hubungi saya call/sms/whatsapp 012-5572559.
Wallahualam =)
Wallahualam =)
ANDA INGINKAN CUBA SUPPLEMENT YANG SAYA CADANGKAN TADI???
JOM ORDER ONLINE DI SINI
"SHARING IS CARING"
Truly, Dhiya Hussin sms /whatsapp : 012-5572559 (SID:1076601)EMAIL : suplement4us@gmail.com
FB fanpage : Young & Healthy Family Store
"ANDA SEDANG MENCARI INCOME LEBIH? TAK MEMPUNYAI INCOME YANG TETAP? SURI RUMAH SEPENUH MASA? NAK TAK HANYA DI RUMAH ANDA BOLEH DAPAT GAJI SEPERTI CEO? JOM SERTAI KELUARGA PENGEDAR SHAKLEE..IMPIAN ANDA AKAN MENJADI KENYATAAN!"
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *
thanks for info
ReplyDeletejemput berblogwalking ke link sy
http://bit.ly/ZhYI7u
welcome =)
Delete